Monday 29 October 2012

Kepentingan Bahasa

Sejak berabad manusia mengiktirafkan bahasa sebagai media komunikasi antara manusia yang penting. Tidak dikira di mana sahaja kita berada, bahasa merupakan alat perantara bagi kita untuk menyampaikan perasaan atau pemikiran dalam bentuk tulisan, lisan atau isyarat. Oleh itu kemahiran berbahasa perlu dipelajari, dan bukan berserah kepada kudrat semula jadi.


Hal ini mengakibatkan banyak idea yang jitu, bernas dan baik kadang-kadang ditolak atau diabaikan begitu sahaja kerana tidak dapatberkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang betul, jelas dan meyakinkan. Sebaliknya, idea yang sederhana dan kurang bermutu kadang-kadang diterima dan diguna pakai kerana dapat disampaikan dengan bahasa yang bermutu.



Oleh yang demikian, jangan pandang remeh dalam penggunaan bahasa bagi menghasilkan komunikasi berkesan. Belajar dan belajarlah menguasai bahasa kita sebaik-baiknya, di samping memperluaskan penguasaan kita dalam bahasa-bahasa asing. Lebih banyak bahasa kita dapat kuasai, lebih  luasnya perhubungan kita dan lagi bermutu komunikasi kita sesama insan.




Sunday 28 October 2012

Pidato


Bahasa Jiwa Bangsa.

Andai patah sayap rajawali,
bertongkat jua saya ke mari,
bukan kerana ingin bermimpi,
tetapi untuk membawa anda semua menyelami mauduk pidato yang berbunyi  Bahasa Jiwa Bangsa.

Sambutlah Salam Sejahtera,Salam Satu Malaysia. Semarak kasih,sekalung budi Tuan Pengerusi Majlis,barisan panel hakim yang arif lagi berkarisma,penjaga masa setia pada saat dan ketikanya,dif-dif kehormat,seterusnya para hadirin pencetus revolusi minda yang saya muliakan.

     Sebelum kaki mengorak langkah lebih jauh,izinkan saya mendefinisikan tajuk pidato saya. Menurut kamus Bahasa Malaysia keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa ditakrifkan sebagai sistem lambang bunyi suara. Jiwa pula merupakan roh atau nyawa. Seterusnya Bangsa dapat didefinisikan sebagai j enis manusia daripada satu asal keturunan.

     Secara konotosinya Bahasa Jiwa Bangsa juga membawa maksud milik mutlak sesuatu bangsa  yang menjadi  identiti kebangsaan.Sesungguhnya Bahasa itu menunjukkanjati diri sesuatu bangsa.
Kekuatan bahasa itu juga membuktikan  kuatnya sesuatu bangsa itu sendiri.

Yang kurik itu kundi.
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

     Demikianlah indahnya pantun Melayu yang menggambarkan betapa bersungguh-sungguhnya nenek moyang kita menjaga adab dan pergaulan terutamanya dalam aspek pertuturan.

 Hadirin yang dihormati sekalian,

Apakah wasilah terpenting untuk membentuk bangsa Malaysia? Jawapannya jelas Bahasa Kebangsaan kerana Bahasa Jiwa Bangsa´. Hal ini bermakna bahasa apa yang kita daulatkan, bahasa itulah yang membentuk  jiwa kita sekaligus memercikkan jati diri kebangsaan.

     Persoalannya kini, mengapakah hanya bahasa kebangsaan yang  dinobatkan sebagai alat pemersatuan bangsa? Perlu dinyatakan di sini, hanya bahasa kebangsaan yang dapat menitiskan semangat satu bangsa, menyerapkan roh sebangsa, senegara dan menyemarakkan jati diri kebangsaan.

     Tidak melayu hilang di dunia´Kata-kata keramat Laksamana HangTuah ini mungkin hanya tinggal retorik semata-mata sekiranya bangsa Melayu tidak menjaga keunggulan ataupun integriti bangsa dan bahasanya.

Hadirin warga dewan yang dimuliakan,

Pidato saya pada hari ini akan mengupas dua komponen utama yakni peranan Bahasa Kebangsaan ke arah memartabatkan negara di mata dunia.Komponen pertama, bahasa kebangsaan bahasa perpaduan.Sejarah telah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah menjadi Bahasa Lingua Franca bagi negara-negara di kepulauan Melayu. Hal ini telah menjadi kebanggaan kita untuk memartabatkan Bahasa Melayu.

Pada amnya,proses evolusi Bahasa Melayu berkembang selaras dengan taraf  pembangunan yang dicapai oleh negara dan rakyat. Pada masa kini, Dasar Bahasa Kebangsaan telah mengiktiraf  Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang digunakan dalam setia purusan. Tidak cukup dengan itu,dasar pendidikan kita juga menetapkan bahawa Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Dengan adanya dasar-dasar ini,kita bukan sahaja dapat memastikan Bahasa Kebangsaan termaktub dalam perlembagaan,tetapi dapat dihayati dan diamalkan secara meluas oleh masyarakat.

Warga pendengar yang budiman,

Pidato ini tiada selingan iklan,lantaran itu,izinkan saya membawa hadirin sekalian kepada komponen pidato saya yang kedua iaitu bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan.

Bahasa juga berperanan sebagai bahasa sosial,bahasa ekonomi,bahasa pentadbiran dan bahasa peradaban moden. Bahasa Kebangsaan juga sebagai wadah terpenting untuk membentuk keperibadian bangsa Malaysia. Sekiranya diabaikan ini bermakna kita telah tergelincir daripada gerabak pembentukan bangsa Malaysia.

Bahasa Kebangsaan juga adalah milik semua  rakyat  tanpa mengira kaum,agama,budaya dan bahasa  ibunda. Sekiranya ini dilakukan secara bersama,maka gagasan 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri  kita YAB Dato.Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak boleh kita jayakan.

Hadirin yang dimuliakan,

Dalam meredah arus globalisasi kini,Media massa berperanan penting dalam mengembangkan Bahasa Melayu agar identiti kita sebagai bangsa Melayu dikenali oleh masyarakat di seantero dunia. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mengamalkan Bahasa Melayu dalam apa jua perkara agar kita dapat menaikkan taraf  Bahasa Kebangsaan kita seiring dengan bahasa-bahasa lain di dunia.

Hadirin sekalian,

Sebelum saya menamatkan bait-bait bicara saya,izinkan saya menghadiahkan serangkap pantun,

Sedap makan kacang kelisa,
Buah peria pahit dan maung,
Bahasa menggabungkan etnik bangsa,
Satu Malaysia sama bernaung.

Justeru,gunakanlah bahasa yang santun, buktikan bahawa kita merupakan masyarakat yang bertamadun, kaya dengan budi bahasa dan memiliki minda kelas pertama. Bahasa Kebangsaan harus didaulatkan. Inilah sikap dan pemikiran yang amat diperlukan untuk mencapai Wawasan 2020. Secara konklusinya, Bahasa Jiwa Bangsa jelas menunjukkan bahawa Bahasa Melayu itu menjadi nadi penggerak yang amat penting untuk menzahirkan identiti diri kita. Bahasa ibunda sewajarnya dipraktikkan agar tidak akan pupus ditelan zaman. Akhir sekali,bahasa itulah yang menunjukkan bangsa.

Sekian terima kasih....... Salam perpaduan Salam 1 Malaysia.

Bahasa Jiwa Bangsa


Logo Bahasa Jiwa Bangsa




Lagu & Pantun


Lirik Lagu Bahasa Jiwa Bangsa
Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa
Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia
dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa










Pantun
1.
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa.
Nak kucurahkan rasa,
Tiada gambar seindah lukisan,
Nak kutunjukkan perasaan.
Tiada bahasa secantik puisi,
Nak kucurahkan isi hati.

2.
Tiada kata secantik bahasa,
Nak kucurahkan rasa,
Tiada gambar seindah lukisan,
Nak kutunjukkan perasaan.
Tiada bahasa secantik puisi,
Nak kucurahkan isi hati.

3.
Sedap makan kacang kelisa,
Buah peria pahit dan maung,
Bahasa menggabungkan etnik bangsa,
Satu Malaysia sama bernaung.