Sunday, 28 October 2012

Pidato


Bahasa Jiwa Bangsa.

Andai patah sayap rajawali,
bertongkat jua saya ke mari,
bukan kerana ingin bermimpi,
tetapi untuk membawa anda semua menyelami mauduk pidato yang berbunyi  Bahasa Jiwa Bangsa.

Sambutlah Salam Sejahtera,Salam Satu Malaysia. Semarak kasih,sekalung budi Tuan Pengerusi Majlis,barisan panel hakim yang arif lagi berkarisma,penjaga masa setia pada saat dan ketikanya,dif-dif kehormat,seterusnya para hadirin pencetus revolusi minda yang saya muliakan.

     Sebelum kaki mengorak langkah lebih jauh,izinkan saya mendefinisikan tajuk pidato saya. Menurut kamus Bahasa Malaysia keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa ditakrifkan sebagai sistem lambang bunyi suara. Jiwa pula merupakan roh atau nyawa. Seterusnya Bangsa dapat didefinisikan sebagai j enis manusia daripada satu asal keturunan.

     Secara konotosinya Bahasa Jiwa Bangsa juga membawa maksud milik mutlak sesuatu bangsa  yang menjadi  identiti kebangsaan.Sesungguhnya Bahasa itu menunjukkanjati diri sesuatu bangsa.
Kekuatan bahasa itu juga membuktikan  kuatnya sesuatu bangsa itu sendiri.

Yang kurik itu kundi.
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

     Demikianlah indahnya pantun Melayu yang menggambarkan betapa bersungguh-sungguhnya nenek moyang kita menjaga adab dan pergaulan terutamanya dalam aspek pertuturan.

 Hadirin yang dihormati sekalian,

Apakah wasilah terpenting untuk membentuk bangsa Malaysia? Jawapannya jelas Bahasa Kebangsaan kerana Bahasa Jiwa Bangsa´. Hal ini bermakna bahasa apa yang kita daulatkan, bahasa itulah yang membentuk  jiwa kita sekaligus memercikkan jati diri kebangsaan.

     Persoalannya kini, mengapakah hanya bahasa kebangsaan yang  dinobatkan sebagai alat pemersatuan bangsa? Perlu dinyatakan di sini, hanya bahasa kebangsaan yang dapat menitiskan semangat satu bangsa, menyerapkan roh sebangsa, senegara dan menyemarakkan jati diri kebangsaan.

     Tidak melayu hilang di dunia´Kata-kata keramat Laksamana HangTuah ini mungkin hanya tinggal retorik semata-mata sekiranya bangsa Melayu tidak menjaga keunggulan ataupun integriti bangsa dan bahasanya.

Hadirin warga dewan yang dimuliakan,

Pidato saya pada hari ini akan mengupas dua komponen utama yakni peranan Bahasa Kebangsaan ke arah memartabatkan negara di mata dunia.Komponen pertama, bahasa kebangsaan bahasa perpaduan.Sejarah telah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah menjadi Bahasa Lingua Franca bagi negara-negara di kepulauan Melayu. Hal ini telah menjadi kebanggaan kita untuk memartabatkan Bahasa Melayu.

Pada amnya,proses evolusi Bahasa Melayu berkembang selaras dengan taraf  pembangunan yang dicapai oleh negara dan rakyat. Pada masa kini, Dasar Bahasa Kebangsaan telah mengiktiraf  Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang digunakan dalam setia purusan. Tidak cukup dengan itu,dasar pendidikan kita juga menetapkan bahawa Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Dengan adanya dasar-dasar ini,kita bukan sahaja dapat memastikan Bahasa Kebangsaan termaktub dalam perlembagaan,tetapi dapat dihayati dan diamalkan secara meluas oleh masyarakat.

Warga pendengar yang budiman,

Pidato ini tiada selingan iklan,lantaran itu,izinkan saya membawa hadirin sekalian kepada komponen pidato saya yang kedua iaitu bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan.

Bahasa juga berperanan sebagai bahasa sosial,bahasa ekonomi,bahasa pentadbiran dan bahasa peradaban moden. Bahasa Kebangsaan juga sebagai wadah terpenting untuk membentuk keperibadian bangsa Malaysia. Sekiranya diabaikan ini bermakna kita telah tergelincir daripada gerabak pembentukan bangsa Malaysia.

Bahasa Kebangsaan juga adalah milik semua  rakyat  tanpa mengira kaum,agama,budaya dan bahasa  ibunda. Sekiranya ini dilakukan secara bersama,maka gagasan 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri  kita YAB Dato.Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak boleh kita jayakan.

Hadirin yang dimuliakan,

Dalam meredah arus globalisasi kini,Media massa berperanan penting dalam mengembangkan Bahasa Melayu agar identiti kita sebagai bangsa Melayu dikenali oleh masyarakat di seantero dunia. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mengamalkan Bahasa Melayu dalam apa jua perkara agar kita dapat menaikkan taraf  Bahasa Kebangsaan kita seiring dengan bahasa-bahasa lain di dunia.

Hadirin sekalian,

Sebelum saya menamatkan bait-bait bicara saya,izinkan saya menghadiahkan serangkap pantun,

Sedap makan kacang kelisa,
Buah peria pahit dan maung,
Bahasa menggabungkan etnik bangsa,
Satu Malaysia sama bernaung.

Justeru,gunakanlah bahasa yang santun, buktikan bahawa kita merupakan masyarakat yang bertamadun, kaya dengan budi bahasa dan memiliki minda kelas pertama. Bahasa Kebangsaan harus didaulatkan. Inilah sikap dan pemikiran yang amat diperlukan untuk mencapai Wawasan 2020. Secara konklusinya, Bahasa Jiwa Bangsa jelas menunjukkan bahawa Bahasa Melayu itu menjadi nadi penggerak yang amat penting untuk menzahirkan identiti diri kita. Bahasa ibunda sewajarnya dipraktikkan agar tidak akan pupus ditelan zaman. Akhir sekali,bahasa itulah yang menunjukkan bangsa.

Sekian terima kasih....... Salam perpaduan Salam 1 Malaysia.

Bahasa Jiwa Bangsa


21 comments:

  1. Terima Kasih atas pekongsian ilmu. Mohon kebenaran menyalin teks

    ReplyDelete
  2. thank you . amat membantu :)

    ReplyDelete
  3. kamampuannya berbahasa mengatasi banyak manusia melayu yang mabok dgn keinggerisannya

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing ! And Saya ada buat perfomance for next week , so , Hopefully you'll keep willing to me to use this great pidato for my pidato ! Thanks !!

    ReplyDelete
  5. menarik... mohon kebenaran untuk menyalin teks...

    ReplyDelete
  6. mohon kebenaran untuk menggunakan idea puan

    ReplyDelete
  7. Mohon kebenaran untuk jadikan pidato ini sebagai rujukan ya. Terima kasih! -Silvia

    ReplyDelete
  8. Saya...maisarah meminta kebenaran untuk menyalin karangan pidato ini. Saya dari smk st. Bernadette's convent

    ReplyDelete
  9. Sangat2 membantu.
    Terima Kasih :)

    ReplyDelete
  10. Mohon menyalin teks..terima kasih

    ReplyDelete
  11. sangat menarik. Mohon kebenaran untuk menyalin teks.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  12. Mohon kebenaran untuk menggunakan teks pidato ini.

    ReplyDelete