Friday 14 December 2012

IMBUHAN AWALAN MEN-


Awalan meN- akan berubah-ubah bentuknya bergantung kepada huruf pertama setiap kata dasar.

 

Awalan
Huruf Pertama
Kata dasar
Kata kerja
      me-
 
 
 
 
 
 
 l
m
n
r
w
ng
ny
 
 
      lakon
      mohon
      nanti
      rujuk
      wangi
      nganga
      nyanyi
 
 
   melakon
   memohon
   menanti
   merujuk
mewangi
menganga
menyanyi
     mem-
b
f
p (digugurkan)
 
     basuh
     fikir
     potong
membasuh
memikir
memotong
     men-
c
d
j
t (digugurkan)
z
 
     cuci
     dayung
     jadi
    tunggu
    zeroks
   mencuci
   mendayung
   menjadi
   menunggu
   menzeroks
    meng-
a
e
i
o
u
g
h
k (digugurkan)
kh
 
asak
edar
ikut
olah
ulas
gulung
hasut
kumpul
khinat
 
   mengasah
   mengedar
   mengikut
   mengolah
   mengulas
   menggulung
   menghasut
   mengumpul
   mengkhianat
  meny-
s (digugurkan)
 
simpan
   menyimpan
    menge-
Kata eka suku
bom
cat
tin
lap
 
   mengebom
   mengecat
   mengetin
  mengelap

 

Saturday 8 December 2012

SIMPULAN BAHASA


Simpulan Bahasa

Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dab terdiri daripada dua patah perkataan. Ia membawa maksud yang berlainan daripada maksud perkataan yang membentuknya. Ia digunakan untuk menggambarkan cirri-ciri, sikap atau tabiat seseorang.

 

Simpulan Bahasa
Maksud
Ada hati
Ada keinginan
Ada akal
Cara menyelesaikan sesuatu masalah
Batu api
Orang yang suka menghasut atau melagakan orang
Bertikam lidah
Bertengkar / berdebat
Bulat hati
Ikhlas,tetap hati dan sungguh-sungguh
Buta hati
Bersikap kejam
Buruk siku
Meminta kembali apa-apa yang telah diberikan
Campur tangan
Turut serta dalam urusan orang lain
Cepat tangan
Suka mencuri
Gelap mata
Tidak dapat berfikir kerana terlalu marah
Hidung tinggi
Orang yang sombong
Ikat perut
Mengurangkan makan kerana kemiskinan
Lepas tangan
Tidak bertanggungjawab atas perbuatan yang telah dilakukan
Memeras otak
Belajar bersungguh-sungguh
Pekak badak
Pura-pura tidak dengar

 
https://docs.google.com/open?id=0B3GI2J6o3z38MmwwdzhuMUdVenc

Friday 7 December 2012

PERUMPAMAAN


PERUMPAMAAN

Perumpamaan ialah suatu ikatan bahasa yang digunakan untuk menjadi ibarat, missal, dan bandingan yang menjadi teladan serta pengajaran. Biasanya perumpamaan menggunakan perkataan seperti, bagai dan bak.

 

PERUMPAMAAN
MAKSUD
Seperti anjing berebut tulang
Orang tamak berebutkan harta
Seperti anjing dengan kucing
Sentiasa bergaduh semaa berjumpa
Seperti api di dalam sekam
Perbuatan jahat atau dendam yang tersembunyi
Bagai  aur dengan tebing
Saling membantu dan saling memerlukan
Bagai  bulan jatuh ke riba
Mendapat sesuatu benda yang tidak diduga
Seperti bulan dengan langit
Perbezaan yang amat ketara
Seperti cacing kepanasan
Sentiasa berasa gelisah
Seperti cincin dengan permata
Pasangan yang sepadan
Seperti embun di hujung rumput
Kasih sayang yang tidak kekal
Seperti hujan jatuh ke pasir
Pertolongan atau nasihat yang tidak dihargai atau sesuatu Pertolongan atau nasihat yang tidak dihargai atau sesuatu kerja yang sia-sia
Seperti kacang lupakan kulit
Orang yang tidak mengenangkan budi
Bagai limau masam sebelah
Hukuman yang tidak adil
Seperti kerbau dicucuk hidung
Orang bodoh yang selalu menurut kemahuan orang
Bagai murai tercabut ekor
Perempuan yang suka bercakap banyak

 

Wednesday 5 December 2012

Contoh karangan 4 - Faedah Berjimat Cermat.


Berjimat cermat amalan mulia. Tuliskan sebuah karangan tentang faedah  berjimat cermat.


            Berjimat cermat merupakan amalan mulia yang dituntut oleh setiap agama. Amalan ini perlulah dipupuk sejak dari kecil lagi. Terdapat banyak faedah jika kita berjimat cermat.

            Antara faedah berjimat cermat adalah dapat melatih diri daripada melakukan pembaziran. Contohnya amalan menabung. Jika seseorang itu selalu menabung, wangnya akan semakin bertambah seperti pepatah “ sedikit- sedikit, lama- lama jadi bukit “ . Wang tabungan tersebut dapat digunakan untuk perkara- perkara berfaedah seperti membeli barangan keperluan atau apabila melangkah ke menara gading kelak.

            Dalam situasi dunia sekarang di mana keadaan ekonomi yang tidak stabil, amalan ini perlulah dititikberatkan. Contohnya jika kita berjimat cermat dalam penggunaan tenaga elektrik dan air akan dapat mengurangkan perbelanjaan untuk membayar bil bulanan. Wang yang selebihnya dapat disimpan untuk kegunaan pada masa hadapan.

            Di samping itu, berkongsi kenderaan ke tempat kerja juga adalah satu daripada amalan yang dapat menjimatkan kos bulanan. Memandangkan harga bahan bakar yang kian meningkat, amalan ini dilihat dapat mengurangkan perbelanjaan harian. Justeru, dengan berkongsi kereta juga dapat mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan.

            Selain itu, amalan berjimat cermat ini dapat menginsafkan diri akan penderitaan orang lain seperti masalah kebuluran yang dialami oleh penduduk di benua Afrika. Apabila membayangkan penderitaan mereka, sudah pasti kita tidak akan membazir makanan dan minuman yang kita nikmati setiap hari. Jika ada peluang kita juga boleh menyumbangkan sesuatu untuk meringankan penderitaan mereka.

            Oleh itu, marilah kita amalkan sikap berjimat cermat kerana amalan ini menjadikan kita seorang yang bertanggungjawab.  Kita perlu sederhana  dalam setiap perkara kerana membazir itu adalah amalan syaitan.

Contoh Karangan 3 - Kebaikan dan keburukan menonton televisyen


Tulis sebuah karangan tentang kebaikan dan keburukan menonton televisyen


Televisyen  merupakan salah satu media elektronik yang amat berpengaruh kepada masyarakat masa kini.  Hampir di setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah televisyen. Namun, pernahkah kita terfikir akan kebaikan dan keburukan televisyen ini kepada kita semua?

Menonton televisyen memberikan kita beberapa kebaikan. Antaranya dapat menyampaikan maklumat terkini di dalam dan luar negara serta menambah ilmu pengetahuan kita. Contohnya melalui rancangan berita, sukan, perubatan dan National Geografic. Dengan ini, segala maklumat dapat diperoleh dalam masa yang singkat dan lebih berinformasi.

Selain itu, menonton televisyen juga dapat memberi kesedaran kepada masyarakat dan juga menyampaikan kehendak rakyat kepada kerajaan. Misalnya, program Bersamamu dan Aduan Rakyat oleh pihak TV3. Melalui program ini, kita dapat membantu mereka yang memerlukan. Begitu juga permasalahan yang berlaku kepada penduduk dapat disuarakan kepada pihak berwajib untuk tindakan yang sewajarnya.

Menonton televisyen juga membawa keburukan kepada kita terutamanya kanak-kanak. Mereka banyak menghabiskan masa di hadapan televisyen. Contohnya mereka leka menonton rancangan-rancangan kartun dan hiburan. Akibatnya mereka mengabaikan pelajaran dan hubungan sosial di persekitaran kediaman mereka tidak berkembang.

Di samping itu, penonton juga mudah terpengaruh dengan apa yang dipaparkan melalui televisyen.  Mereka mudah terpengaruh dengan iklan-iklan dan aksi-aksi yang ganas. Dengan itu, mereka mudah meniru dan akan menjurus kepada keruntuhan akhlak mereka.

 
Kesimpulannya kita hendaklah pandai dalam memilih program-program
yang hendak ditonton. Fikirkanlah kebaikan dan keburukan serta kesan-kesannya kepada kita bukan sahaja dalam jangka masa pendek  tetapi juga dalam jangka masa panjang.

Contoh Karangan 2 :Kegunaan air kepada manusia

Kegunaan air kepada manusia
          Setiap kehidupan memerlukan air. Tanpa air semua kehidupan  termasuklah manusia  tidak boleh hidup.  Oleh itu, anugerah Allah ini  banyak kegunaannya kepada manusia.
          Antaranya, air merupakan sumber minuman kepada manusia. Kita harus minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Kesannya, badan kita yang letih akan menjadi cergas semula.
          Selain itu, air digunakan sebagai kegunaan seharian kepada kita.
Contohnya, kita menggunakan air untuk mandi dua kali sehari.
Implikasinya, badan kita akan sentiasa bersih dan segar.
          Seterusnya,  kegunaan air kepada manusia adalah untuk kita membersihkan makanan.  Umpamanya, kita menggunakan air untuk membersihkan sayur-sayuran dan buah-buhan yang dibeli di pasar.
Apabila makanan kita bersih, kita akan terhindar daripada makan makanan yang berkuman.
          Akhirnya, air boleh kita gunakan untuk menyiram tanaman di halaman rumah.  Misalnya, kita menggunakan air untuk menjirus pokok bunga pada waktu petang.  Pokok-pokok bunga yang hidup subur akan mengindahkan halaman rumah kita.
          Begitulah kegunaan air kepada manusia. Namun begitu, janganlah kita suka membazir semasa menggunakan air.