1.0Analisis Kesalahan Penggunaan Tatabahasa
oleh Murid di dalam Bilik Darjah
Dalam konteks pendidikan
bahasa Melayu di Malaysia, kajian tentang penguasaan bahasa terutama bagi
kalangan pelajar menggunakannya sebagai bahasa kedua sering dilakukan oleh para
penyelidik. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sering menimbulkan masalah
dalam penggunaan tatabahasa yang betul. Di bawah menunjukkan kesalahan yang
sering timbul di kalangan pelajar.
1. Kesalahan Penggunaan Kata Sendi
Kesalahan penggunaan tatabahasa oleh murid di
dalam bilik darjah sentiasanya tidak dapat membezakan antara kata sendi nama
yang berikut:-
v di ...
Contoh : disekolah, dipasar,
diJohor,disamping (salah)
di sekolah, di pasar,
di Johor, di samping. (betul)
v ke
Contohnya: keMelaka, kepadang, kesana (salah)
ke Melaka, ke padang, ke sana
(betul)
v dari dan daripada
Selain
itu, para pelajar tidak dapat membezakan penggunaan dari dan daripada.
Contoh : -Perabot
itu diperbuat dari kayu jati.(salah)
-Abang saya baru pulang daripada Kuala
Lumpur. (salah)
-Perabot itu diperbuat daripada kayu jati.(betul)
-Abang saya baru pulang dari Kuala Lumpur.
(betul).
v pada dan kepada
- Pada berperanan sebagai kata
sendi
di bagi manusia, haiwan, perkara dan benda
Contoh : Surat itu dikirim pada Encik Bean. (salah)
Surat itu dikirim kepada Encik Bean. (betul)
2.Kesalahan kata ganda
v Mengulang kata atau
menggunakan kata ganda selepas kata bilangan jamak.
Contoh: semua guru-guru, segala
alat-alat, kebanyakan ahli-ahli (salah)
semua guru, segala
alat, kebanyakan ahli. (betul)
v Tidak menggandakan kata
bilangan himpunan
Contoh: beratus orang, beribu penonton, berguni padi (salah)
beratus-ratus orang, beribu-ribu orang dan
berguni-guni padi (betul)
v Kata ganda bersajak / berima
mengalami perubahan bunyi dengan memberikan kata gandaan yang
berbeza daripada kata dasarnya. Kata ganda bersajak ini diberi tanda sempang (
- )
Contoh : membeli belah, batu batan, kuih muih, sayur mayur (salah)
membeli-
belah, batu-batan, kuih-muih,
sayur-mayur (betul)
v menggandakan kata selepas
saling ( kesalahan berbentuk lewah ).
Contoh: saling hormat-menghormati, saling
bermaaf-maafan (salah)
saling
menghormati, hormat-menghormati, saling bermaafan. (betul)
v Kata yang tidak perlu digandakan
kata‘pelbagai’ sudah melambangkan banyak dan
tidak memerlukan kata ganda Contoh : ...dan juga pelbagai-bagai
kenangan... (salah)
...dan juga pelbagai kenangan... (betul)
v kata ganti nama tidak boleh
digandakan
-kecuali tuan / puan, saudara/ i , encik.
Contoh : Mereka-mereka semua sedang tidur. ( salah )
Mereka semua sedang tidur. ( betul )
3.Kesalahan penggunaan imbuhan
v Penggunaan imbuhan – kaN di tempat kata bantu akan
Contoh: sayangkan, rindukan, bencikan, cintakan
sayang akan, rindu
akan, benci akan, cinta akan.
v Tidak menjarakkan imbuhan
pinjaman
Contoh: juru taip, ko kurikulum, pasca moden, anti dadah, pro pembangkang (salah)
jurutaip, kokurikulum,
pascamoden, antidadah,
propembangkang (betul)
v Tidak menggunakan imbuhan
pada kata yang memerlukan
Contoh: a. Saya tidak dapat buat apa-apa.....
b. Saya terpaksa
meninggal sekolah ini kerana......
c. .....peluang emas bagi ayah saya
Contoh yang betul
a. Saya tidak
dapat berbuat apa-apa.....
b. Saya terpaksa
meninggalkan sekolah ini kerana......
c. .....peluang keemasan bagi ayah saya.
v Penggunaan imbuhan meN
Menggunakan imbuhan meN dengan
salah
Contoh : memperhebatkan,
memperolehi, menggalakan, merbahaya
(salah)
memperhebat, memperoleh , menggalakkan,
berbahaya (betul)
4. Kesalahan Struktur Ayat
i) Ayat gabungan
- Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau beberapa ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung seperti dan, serta, tetapi, lalu, sambil, kemudian, dan sebagainya.
- Kesalahannya berlaku semasa ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul.
Contoh: a.Lina akan melancong ke Sarawak atau Sabah? (salah)
- Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau beberapa ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung seperti dan, serta, tetapi, lalu, sambil, kemudian, dan sebagainya.
- Kesalahannya berlaku semasa ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul.
Contoh: a.Lina akan melancong ke Sarawak atau Sabah? (salah)
Lina akan melancong ke Sarawak atau
Sabah? (betul)
b.Hadiah ini untuk Zul bukan Zainal. (salah)
Hadiah ini untuk Zul bukan untuk
Zainal. (betul)
ii)Ayat Pancangan
- Ayat yang berasal daripada dua
ayat tunggal yang salah satunya dipancangkan pada ayat yang satu lagi.
-Kesalahan berlaku apabila unsur penerang dalam ayat tersebut salah
strukturnya.
Contoh: Rumah besar itu di atas bukit tidak ada penghuninya. (salah)
Rumah besar di atas bukit itu tidak ada
penghuninya. (betul)
-Kesalahan berlaku juga kerana tidak ada kata hubung pancangan yang
menghubungkan klausa bawahan dengan klausa utama.
Contoh: Semua orang tahu dialah yang mencuri wang Lian. (salah)
Semua orang tahu bahawa dialah yang mencuri wang Lian.
(betul)
iii)Ayat Tergantung
-Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat.
-Dalam susunan ayat biasa, letak subjek di depan dan letak predikat di
belakang.
-Dalam susunan ayat songsang, letak subjek di belakang dan predikat di
depan.
-Kesalahannya adalah tidak mempunyai subjek atau predikat.
Contoh : a. Di seluruh negara dilanda banjir. (salah)
Seluruh negara dilanda banjir. (betul)
b. Dengan kehadiran
tuan akan menyerikan majlis ini. (salah)
Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini.
(betul)
iv. Ayat yang Tidak Betul Susunannya
iv. Ayat yang Tidak Betul Susunannya
-Ketika kata-kata tidak betul susunannya, maka
bentuk bahasa menjadi salah atau tidak baku.
Contoh : a. Ini hari Zul
tidak hadir. (salah)
Hari ini Zul tidak hadir.
(betul)
b. Saya emak di
pasar raya membeli-belah. (salah)
Emak saya membeli-belah di
pasar raya. (betul)
2.0 Rumusan
Bahasa Melayu merupakan
bahasa kedua bagi sekolah SJK C. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu seering menimbulkan masalah dalam lisan mahupun penulisan. Para pelajar
bukan sahaja melakukan kesalahan-kesalahan morfologi sintaksis. Gejala ini
berlaku disebabkan bukan Melayu misalnya selalu berfikir dalam bahasa ibunda
mereka sebelum mereka melafazkan dalm bahasa Melayu.Akibatnya mereka telah
menggunakan bahasa Melayu dalam bentuk yang berbagai-bagai ragam tetapi bukan
dalam bentuk bahasa Melayu yang sebenar.
Sebagai bahasa kedua,
pelajar-pelajar sering menggunakan model-model struktur bahasa ibunda mereka
untuk menyerapkannya dalam struktur bahasa Melayu yang dipelajari. Hal ini
menyebabkan mereka selalu melakukan kesalahan. struktur ayatnya bahasa Cina
memang berbeza dengan sturktur bahasa Melayu.Oleh itu, dari segi ayat-ayat atau
kalimatnya pelajar sering melakukan kesalahan. Ini selalu ditemui semasa
pelajar-pelajar itu bertutur, apatah lagi sewaktu mereka menulis.
Kesalahan juga sering
berlaku dalam bidang sintaksis. Ini dapat dari segi pemakaian imbuhan dalam
ayat. Pelajar sering menyalahkangunakan atau tiada imbuhan dalam ayat-ayatnya.
Selain itu, pengaruh bahasa dialek juga mempengaruhi pertuturan dan penulisan
dalam bahasa Melayu.
Kesimpulannya, cara
pertuturan seseorang mempengaruhi cara penulisannya dalam bahasa Melayu.
Kesalahan-kesalahan sedemikian boleh diatasi jika guru berusaha memberikan
latihan-latihan intensif kepada pelajar-pelajar.
Saya Rambo Hitam dari Grammy, saya bekerja di Kem Grammy, isteri saya meninggal dunia 6 tahun yang lalu dan sejak saya menjaga anak tunggal saya bernama Clinton, seorang kawan nasihat saya untuk mencari isteri, pada pencarian saya bertemu Jennifer dia dan wanita Inggeris, Saya suka begitu banyak bahawa saya boleh memberikan segala-galanya dia berusia 37 tahun, selepas beberapa waktu bertarikh saya begitu banyak cinta dengannya, kami mempunyai beberapa salah faham, dan dia pecah dengan saya dan saya merayu kepadanya untuk kembali anak saya dipanggil dia berkata Tidak, bahawa dia telah menemui orang lain, dan kita suka antara satu sama lain selepas beberapa hari saya membaca artikel tentang bagaimana Dr Lomi boleh membantu membawa kembali , Saya memutuskan untuk mencuba, saya menghubungi Dr Lomi untuk membantu beliau memberitahu saya apa yang perlu dilakukan untuk membawa balik kekasih saya yang saya lakukan, dia melakukan doa dan Jennifer kembali dia mencintai saya dan menghargai saya lebih sekarang, dan kami mempunyai masa terbaik dalam hidup kita, Dr Lomi juga menyediakan beberapa herba semulajadi yang membuat saya kuat dan sihat lagi sekarang saya merasa seperti seorang pemuda saya berpuas hati dengan seksualnya sangat baik kita berdua gembira, hubungi Dr Lomi pada nombor WhatsApp +2349034287285 atau e-mel kepadanya di lomiultimatetemple@gmail.com HE MEMPUNYAI PENYELESAIAN TERBAIK UNTUK ANDA.
ReplyDelete