Latihan penjodoh bilangan
1. Datuk menanam beberapa ____________ serai di belakang rumahnya.
A. rumpun B. timbun C. batang D. tangkai
2. Ibu membeli dua ____________ anggur di pasar.
A. ikat B. tandan C. gugus D. biji
3. Di puncak Gunung Melawati terdapat beberapa _____________ meriam lama.
A. batang B. pucuk C. bentuk D. laras
4. Kiong Jun mengikat mulut guni itu dengan se__________ tali.
A. ulas B. utas C. tangkai D. gelung
5. Ibu telah membeli beberapa __________ petai untuk dimasak bersama gulai.
A. gugus B. batang C. batang D. papan
6. Adik telah makan lima __________ durian sebagai pencuci mulut lepas makan malam tadi.
A. biji B. tandan C. ulas D. kaki
7. Sundra memasukkan se _____________ filem ke dalam kameranya.
A. keping B. gulung C. buah D. bentuk
8. Petani itu naik angin apabila se ____________ burung memakan padi yang dijemurnya.
A. ekor B. kawan C. butir D. kumpulan
9. Pak Cik Leman membawa pulang se _____________ pisang dari kebun buah-buahannya.
A. batang B. biji C. tandan D. tangkai
10. Ayah membeli se _____________ majalah Upin dan Ipin untuk adik.
A. helai B. naskah C. papan D. biji
tandan ulas gulung naskah kawan
utas papan rumpun laras gugus
1. Di tepi jalan itu terdapat dua ____________ pokok buluh.
2. Saya telah terjumpa se_____________ kunci di tangga sekolah.
3. Harga se ____________ jam tangan ini berharga RM100.00 sahaja.
4. Se ___________ kambing sedang meragut rumput yang menghijau di tepi sawah.
5. Ibu menyuapkan se ___________ limau ke dalam mulut adik.
6. Ayah membeli se ___________ dawai untuk membaiki pagar yang telah rosak.
7. Kakak menghadiahi saya beberapa ____________ coklat kesukaan saya apabila pulang dari luar
negara.
8. Beberapa _____________ buah kelapa sawit telah tertinggal di tepi jalan.
9. Pak Yunus terkejut apabila terjumpa se ___________ pistol di kebunnya.
10.Se ____________ risalah terselit di tepi pintu pagar.
No comments:
Post a Comment