Wednesday, 5 December 2012

Contoh karangan 4 - Faedah Berjimat Cermat.


Berjimat cermat amalan mulia. Tuliskan sebuah karangan tentang faedah  berjimat cermat.


            Berjimat cermat merupakan amalan mulia yang dituntut oleh setiap agama. Amalan ini perlulah dipupuk sejak dari kecil lagi. Terdapat banyak faedah jika kita berjimat cermat.

            Antara faedah berjimat cermat adalah dapat melatih diri daripada melakukan pembaziran. Contohnya amalan menabung. Jika seseorang itu selalu menabung, wangnya akan semakin bertambah seperti pepatah “ sedikit- sedikit, lama- lama jadi bukit “ . Wang tabungan tersebut dapat digunakan untuk perkara- perkara berfaedah seperti membeli barangan keperluan atau apabila melangkah ke menara gading kelak.

            Dalam situasi dunia sekarang di mana keadaan ekonomi yang tidak stabil, amalan ini perlulah dititikberatkan. Contohnya jika kita berjimat cermat dalam penggunaan tenaga elektrik dan air akan dapat mengurangkan perbelanjaan untuk membayar bil bulanan. Wang yang selebihnya dapat disimpan untuk kegunaan pada masa hadapan.

            Di samping itu, berkongsi kenderaan ke tempat kerja juga adalah satu daripada amalan yang dapat menjimatkan kos bulanan. Memandangkan harga bahan bakar yang kian meningkat, amalan ini dilihat dapat mengurangkan perbelanjaan harian. Justeru, dengan berkongsi kereta juga dapat mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan.

            Selain itu, amalan berjimat cermat ini dapat menginsafkan diri akan penderitaan orang lain seperti masalah kebuluran yang dialami oleh penduduk di benua Afrika. Apabila membayangkan penderitaan mereka, sudah pasti kita tidak akan membazir makanan dan minuman yang kita nikmati setiap hari. Jika ada peluang kita juga boleh menyumbangkan sesuatu untuk meringankan penderitaan mereka.

            Oleh itu, marilah kita amalkan sikap berjimat cermat kerana amalan ini menjadikan kita seorang yang bertanggungjawab.  Kita perlu sederhana  dalam setiap perkara kerana membazir itu adalah amalan syaitan.

7 comments:

  1. Maklumat yang memanfaatkan pelajar. Terima kasih kerana sudi berkongsi.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. AMAT MEMBANTU...TERUSKAN USAHA DAN TULIS KARANGAN DENGAN BANYAK

    ReplyDelete
  4. Karangan ini amat membantu saya

    ReplyDelete